Pengalaman Belajar Di Kolej Vokasional
Okay mula mula sekali, mesti seronok kan dapat belajar ikut minat kita sendiri dan kemahiran yang kita ada?
So, I nak cerita pengalaman I masa belajar dekat Kolej Vokasional. Mula dari tingkatan 4 hingga lah umur 19 tahun and alhamdulillah sekarang I sambung degree hehe...
Kisahnya bermula begini **hahaha mcm nak cerita apa ja**..
Okay masa I tingkatan 1 & 2, I belajar dekat SMA dekat Penang ni ja hehe.. Then, I keluar sebab nak amik PMR kat SMK. Bila I dah keluar dari SMA, I kena study sendiri untuk subjek geografi, sejarah, english, science, mathematics dan lain-lain. Sebabnya time kat SMA, I kurang fokus untuk subjek akademik HAHAHA duk pulun dekat subjek agama ajee sebab subjek agama banyak dari akademik ☺
So, I study la sendiri untuk catchup balik apa yg I tertinggal waktu study dulu ANDDDDDD Alhamdulillah I dapat A untuk subjek Science ♥ Tingkatan 4, cikgu pilih I untuk masuk kelas Pure Science. Punyalah semangat time tu sebab nak push diri tunjuk kat parents yg cikgu pilih I untuk kelas Pure Science tu. Rasa bangga la sat time tu sebab budak Pure Science time tu 13 orang ja ;0
TIBAAAA-TIBAAAAAAA HMM...
Sebulan aje belajar then bapak I mintak I masuk Kolej Vokasional, sebab katanya dapat Diploma awal setahun. So, dengan agak berat hati, I pun isi la borang semua sekali borang asrama :(
Then bermula la kehidupan I kat Kolej Vokasional. And I amik course Diploma Pengurusan Perniagaan, sebab I minat sangat ngn bidang pengurusan and also bidang ke arah cari income gituuu I mean berniaga or something like that hehe... Tingkatan 4 & 5 tu, Sijil Vokasional Malaysia. Umur 18 & 19 tu baru Diploma Vokasional Malaysia. Serious memang best gilaaa belajar kat Kolej Vokasional sebabnya, segala subjek yang kita belajar tu dan penilaian result dalam bentuk pointer **acah student universiti** >.<
Memang tiap semester dapat dekan sebab senang score and semuanya berdasarkan kemahiran jadi time belajar tu kena la tumpu betul-betul baru ilmu senang masuk kepala ye adik-adik hehe.. Then yang jadi lagi best sbb duduk asrama HAHAHAHA.. Pengalaman duduk asrama memang best sbb dapat belajar berdikari, then dapat kawan ramai, dapat pengalaman duduk asrama, melawak suka duka bersama gituuuu HAHAHAHA aduhhh best la bila teringat time asrama dulu •.•
Okayyyyy dah jom sambung.. Lepas dah habis tingkatan 5, sambung ke diploma and cara pengiraan penilaian exam pun tetap sama in pointer jgk. Oh yaa time I, takdak SPM sbb I kohort 2014. Tapi Kolej Vokasional sekarang dah ada SPM. So, adik adik yang nak masuk Kolej Vokasional tu janganlah risau okeeee ;)
Umur 18 & 19 tu belajar mcm biasa ada kemahiran/amali sekali ikut course yang kita ambil. Mcm I course pentadbiran perniagaan, so banyak main komputer ajelah and buat kerja pejabat gituuu. Paling BESTTTTT sebab belajar dalam bengkel yang ada aircond, maklumlah course yg berkenaan pejabat so kenalah duduk dalam aircond HAHAHAHAHA kadang aircond buat hal panas jugak!! Hiksss
So, lepas dah settle diploma semua, ada praktikal selama 6 bulan. I dulu praktikal dekat Suruhanjaya Syarikat Malaysia Penang. Kat SSM, I dapat rasa pengalaman kerja kat semua bahagian. Maksudnya kat sini, I dapat merasa bahagian Sumber Manusia, Penguatkuasaan dan Bahagian Operasi. Memang best sangat praktikal kat SSM nnt praktikal degree nak mintak kat situ jugaklah HAHAHAHA **kalau depa terima lagi budak praktikal** HAAHAHAHAHHA
Lepas dah habis timba pengalaman kat tempat praktikal, berkampunglah sebentar kat rumah dalam tiga bulan mcm tu barulah konvo. Konvokesyen kami buat dekat Dewan Melinium sbb kawasan utara buat kat situ untuk kohort 2014 time tu laa HAHAHAHA
Okayyy, ni benda PENTING !!!
Benda yang best study dekat Kolej Vokasional ni, I mean kelebihan study kat sini adalah :
- Dapat kemahiran kerja yang tinggi
- Dapat 3 sijil yang boleh digunakan untuk mohon kerja nnt
- Senang score dalam pembelajaran
- Kalau study sungguh sungguh, boleh dapat sijil Diploma Kemahiran Malaysia (Tahap 4)
**Nak tau lebih lanjut berkenaan Diploma Kemahiran Malaysia, uollss boleh google yee**
SOOOOO, itu saja pengalaman belajar dekat Kolej Vokasional •.• nnt I cerita pengalaman sambung belajar dekat universiti pulak okeee!!
Take care, Stay safe. Duduk rumah jangan keluar, baca blog I ajee sudah HAHAHAHA gurau gurau >-<
Assalamualaikum...
Ulasan